Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Bot Exspress Dengan 100 orang muatan
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Bot Exspress Dengan



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 14-Dec-2007 03:24
Pengangkutan Ke Hulu Baram Sarawak





Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berselirat menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia.
Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Taman Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain. Untuk ke destinasi pedalaman Sarawak seperti ke Taman Negara Mulu, pengangkutan yang dapat menghubung ketempat ini hanyalah dengan jalan sungai atau udara, jalan sungai ke Mulu mangambil masa selama sehari perjalanan manakala pengangkutan udara selama 35 minit, disini terdapat satu sekolah (SK Batu Bungan) yang majoritinya anak-anak kaum penan, sekolah ini berdekatan dengan Taman Negara Mulu .Terdapat lebih 40 buah sekolah dikawasan pedalaman didalam Bahagian Miri. Kebiasaanya saya akan kekawasan pedalaman ini untuk memantau sekolah-sekolah atau menghantar guru-guru baru kesana, ketabahan guru-guru baru yang sanggup meredah sungai dan alur untuk menabur bakti amatlah dihargai.




© Pidgin Technologies Ltd. 2016